Pages

Header

Murid PPKI SK Gangsa di Sambutan Hari Guru 2011

 Pada 16 Mei 2011, murid-murid PPKI SK Gangsa telah berpeluang meraikan sambutan Hari Guru 2011. Murid-murid PPKI juga berpeluang membuat persembahan lagu 'Kalau Berpacaran' dan 'Abang Becha'. Walaupun cuaca agak mendung pada pagi tersebut tetapi sambutan hari guru tetap berjalan dengan lancar.


 Pihak admin mengucapkan terima kasih kepada murid-murid yang bermurah hati memberi hadiah kepada guru-guru PPKI SK Gangsa. Hadiah itu walaupun tidak seberapa tetapi amat bermakna nilainya. Pihak admin juga merasa terharu atas ingatan murid-murid Pend. Khas terhadap guru-guru mereka. Semoga ingatan dan jalinan mesra ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
'Selamat Hari Guru' buat semua guru di PPKI SK Gangsa dan kepada semua guru di Malaysia. Terima kasih, cikgu!!!

Hari Perkhemahan 2011

 Pada 13 April 2011, PPKI Sk Gangsa telah mengadakan Hari Perkhemahan 2011 bertempat di Padang SK Gangsa. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Rumayah binti Haji Samsuri, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gangsa.
 Acara dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku', 'Pengakap Malaysia' serta lafaz ikrar. Seterusnya acara senamrobik yang dikendalikan oleh guru praktikum iaitu Cik Siti Fadilah dan Cik Siti Syarehan. Program diteruskan lagi dengan beberapa permainan rakyat seperti tarik upih, pancing botol dan pilih menantu.
 Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir sekolah kerana memberi sokongan padu kepada warga Pendidikan Khas dalam menjayakan program perkhemahan ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir dan menjayakan program ini.
 Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua guru dan PPM Pendidikan Khas SK Gangsa atas kerjasama, sokongan padu, usaha gigih yang diberikan dalam menjayakan dan merealisasikan setiap program yang dirancang. Diharap PPKI SK Gangsa akan lebih sukses di masa akan datang. :)

SKG di MIBC

 Pada 11 Mac 2011, PPKI SK Gangsa telah mengadakan 'Hari Sukan dan Rekreasi 2011' yang bertempat di MIBC, Melaka. Seramai 23 orang murid, 7 ibu bapa dan 11 orang guru beserta PPM telah menyertai program ini.
 Pada jam 8.30 pagi murid-murid berserta guru dan ibu bapa bertolak ke MIBC dengan menaiki bas. Program ini diketuai oleh Puan Siti Zaharah binti Ibrahim serta dibantu oleh guru praktikum dan guru-guru PPKI yang lain. Permainan boling dimulakan pada jam 10.30 pagi dan berakhir jam 11.45 pagi. Murid-murid bertolak pulang ke sekolah pada jam 12.00 tengahari setelah selesai acara penyampaian hadiah.
 Terima kasih diucapkan kepada guru-guru, ibu bapa serta pihak pentadbir sekolah. Segala jasa dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga. 

-admin-

SKG di Kejohanan Padang & Balapan 2011


 Pada 22-23 Februari 2011, seramai 9 orang murid Pend. khas telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Padang dan Balapan Pend. Khas 2011. Walaupun tiada pingat tetapi semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh murid-murid amat dihargai. Murid-murid PPKI SK Gangsa juga telah membuat persembahan di majlis penutup kejohanan tersebut.Walaupun murid hanya berlatih selama 2 hari tetapi persembahan yang diberikan amat memuaskan.

Terima kasih diucapkan kepada semua.Jumpa lagi di tahun hadapan.

Kejohanan Padang dan Balapan Zon Alor Gajah 2011

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
Pada 22-23 Februari 2011, 9 orang murid PPKI SK Gangsa akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Padang dan Balapan peringkat Zon Alor Gajah ,bertempat di SMK Sultan Mansur Syah.
Sepanjang 3 minggu murid-murid telah berlatih untuk acara 100m, 200 m dan lompat jauh..
Pihak admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru PPKI yang telah 'turun padang' melatih murid-murid yang terlibat. Moga tahun nih SK Gangsa akan dapat lebih pingat dari tahun2 sebelumnya..


'Good Luck!!' ;)

-admin-









 

Selamat Datang ke PPKI SK Gangsa

Assalamualaikum..
Selamat datang dan selamat bertugas kepada 2 orang guru baru di kelas kami iaitu Cik Roslini dan Encik Azlan. Semoga kita dapat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti samada di peringkat sekolah atau di peringkat zon. Tak lupa ucapan selamat datang diucapkan kepada 2 orang guru praktikum dari IPPM iaitu Cik Siti Fadilah dan Cik Siti Syarehan.. Selamat menjadi 'famili' PPKI SK Gangsa.. :)


 ' Harapan Mereka Aspirasi Bersama'