Hari Perkhemahan 2011

 Pada 13 April 2011, PPKI Sk Gangsa telah mengadakan Hari Perkhemahan 2011 bertempat di Padang SK Gangsa. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Rumayah binti Haji Samsuri, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gangsa.
 Acara dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku', 'Pengakap Malaysia' serta lafaz ikrar. Seterusnya acara senamrobik yang dikendalikan oleh guru praktikum iaitu Cik Siti Fadilah dan Cik Siti Syarehan. Program diteruskan lagi dengan beberapa permainan rakyat seperti tarik upih, pancing botol dan pilih menantu.
 Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir sekolah kerana memberi sokongan padu kepada warga Pendidikan Khas dalam menjayakan program perkhemahan ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir dan menjayakan program ini.
 Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua guru dan PPM Pendidikan Khas SK Gangsa atas kerjasama, sokongan padu, usaha gigih yang diberikan dalam menjayakan dan merealisasikan setiap program yang dirancang. Diharap PPKI SK Gangsa akan lebih sukses di masa akan datang. :)